Perjalanan lebih kurang 45 minit dari bandar Kota Bharu menghala ke Pasir Mas. Aku kali ini telah ke Thailand dengan hanya menyeberangi sungai Golok secara haram menaiki bot injin sangkut. Tambang RM 1.00 sekepala. Rasanya sudah menjadi tradisi masyarakat sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang menyeberang sungai untuk mengunjungi pasar di Munduk, Thailand. Pasar ini diadakan setiap hari jumaat sahaja.
Gambar 1: Keadaan dalam botGambar 2: Kesesakan pasar Gambar 3: Sotong sumbat Thai made
Gambar 4: Menyeberang sungai Golok
Gambar 5: Pangkalan bot menyeberang
Apa yang unik ialah perjalanan menyeberang sungai Golok secara beramai-ramai dengan hanya menaiki bot injin sangkut untuk ke pasar minggu di Munduk, Thailand. Kebanyakkan pengunjung adalah dikalangan rakyat Malaysia dan Thailand. Bahan-bahan jualan adalah seperti bahan basah yang biasa di pasar-pasar di Malaysia. Cuma yang banyak kelihatan adalah penjualan binatang ternakan seperti itik, burung merbuk dan ikan hiasan. Labels: munduk, pasar, sg. golok, thailand