Tuan Rumah

Petang semalam aku telah berjumpa kawan lama. Rasanya dah 4 tahun tak jumpa. Taktaula plak dapat jumpa kat Kota Bharu. Menurutnya, dia ada operasi disini. Jabatan kerajaan jugak dia ni. So, kesempatan ini aku gunakan untuk berjumpa kembali kawan lama aku, roommate aku masa study kat universiti dulu.

Terkejut jugak badan dia yang dulu kurus keding sekarang bukan main sasa lagi. Jauh bezanya. Maklumla dah lama sgt tak jumpa. Maka, mulalah aku mengatur untuk entertain kawan aku ini. Macam biasa :

1st request : makan.
Aku bawak tempat makan yang pasti kedai makan yang menyajikan masakan kelantan. Bagi dia merasa. Sambil cuci mata usha awek siam dan mek kelate yang comel-comel haha~

2nd request : massage
Aku ke KBMALL, idea ini datang dengan spontan. Kedai OGAWA jadi target aku. So, kebetulan promoter sibuk nak promote massage chair. Apa lagi aku suh kawan aku jadi tester. Dengan cara tu,dia dapat massage free selama setengah jam. Dan aku pulak sibuk melayan promoter nak lengahkan masa. Berhasil. Dia puas.

3rd request : jalan jalan
Kebetulan masa tu, jalan lak jammed. Maklumla peak hour waktu balik kerja. So, aku bawak ronda-ronda sekitar town dan tunjukkan bangunan-bangunan strategic yang penting-penting. Bagi dia rasa kesibukkan town sini. Manatau kot dia nak compare dengan tempat lain. Dia ni belum pernah sampai sini.

4th request : shopping
Err..aku bawa dia ke dua shopping complex yang agak biasa disini. KBMALL dan TESCO. So, lehla aku spend masa sambil jalan-jalan dengan dia. Malam aku bawak ke pasar malam terbesar di sini iaitu di Wakaf Che Yeh. Maka, mulalah mamat tu menghabiskan saki baki duit gaji tuk berbeli belah. Aku tengok dia macam ok je. So, tak de masalah.

Even aku pun lom tau sgt tempat-tempat menarik kat sini, tapi bagi aku, kalau dia puas dengan layanan aku sebagai tuan rumah kat sini, aku cukup gembira. Walaupun masa bersama tu agak terhad. Sebab dia pun sibuk kerja, aku pun sibuk kerja time office hour lak tu baru mamat tu free. Mamat tu lak kerja malam. Nanti aku datang tempat dia, harap dia boleh entertain aku pulak. Tak gitu? Hope dia puas sebab itu je yang termampu aku buat dengan masa yang amat terhad.

Labels: , , ,