Jelapang Makanan

Program kali ini ialah melawat kawasan pengusaha akuakultur yang mana kegiatan industri akuakultur tidak kurang hebatnya di Negeri Kelantan.

Apa yang pasti, permintaan bagi ikan air tawar sangat tinggi di negeri ini dan sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri dalam misi menjadikan negeri Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.


Ternakan ikan keli dalam kolam tanah

Disimpan ke dalam tangki pengeraman sebelum dijual. Ia bertujuan menghilangkan bau lumpur pada ikan.

Oleh kerana permintaan yang tinggi pada ikan air tawar, perusahaan akuakultur pasti memberikan pendapatan lumayan kepada penternak dan petani. Tiada disangka, permintaan bagi ikan makan turut mendapat pasaran di luar negeri dan juga Thailand. Tempoh ternakan bagi ikan keli sehingga mencapai tahap jualan adalah selama 3 bulan dan bergantung kepada pemakanan dan kualiti anak benih yang diusahakan. 

Selain itu, ternakan "pengemukkan" tiram juga turut menjadi pilihan kepada pengusaha tiram persendirian di kawasan ini yang mendapat purata pendapatan sebanyak RM3,000 - RM4,000 sebulan dengan tiada kos penyelenggaraan yang teruk pada masa ternakan selama 4 bulan. Pasaran bagi tiram ialah ia mendapat permintaan yang tinggi di hotel-hotel terkemuka.

Sangkar ternakan tiram secara rakit.

Bakul digunakan sebagai sangkar untuk ternakan tiram.

Bagaimana kah rasanya memakan tiram mentah bersama perahan limau nipis?Tiram yang siap dikopek dimakan bersama perahan air limau memberikan rasa yang agak berlemak. Tapi awas! Tiram mempunyai nilai kolestrol yang tinggi serta mengandungi logam berat.


Resepi tiram yang dimakan mentah.

Jika dikira dari segi keuntungan, nilai perolehan benih tiram bersaiz 1 inch adalah RM0.10 dan apabila dipelihara selama 4 bulan, ia mencapai saiz pasaran mengikut gred sehingga RM1.00 seketul. Mari kita kira;

Jumlah Benih Ternakan = 10,000 ketul
Kos 1 Benih Tiram Bersaiz 1 inch = RM0.10
Harga Selepas Proses "pengemukkan" = RM 1.00 seketul selepas 4 bulan
Purata Keuntungan Kasar = RM0.90 x 10,000 ketul tiram = RM9,000


*Tiada kos pembelian makanan !! Kerana tiram memperolehi makanan secara semulajadi.

Penternakan ikan hiasan turut mendapat perhatian kepada pengusaha akuakultur di negeri ini yang mana pasaran bagi ikan hiasan sangat meluas di dalam negera dan luar negara disamping menjadi buruan peminat ikan hiasan tempatan. Maka, tidak hairanlah seekor ikan Kelisa Emas boleh dijual dengan harga sekitar RM38,000 seekor!!!

Kolam ternakan ikan hiasan.

Ikan hiasan atau ikan akuarium.

Walaupun ternakan ikan hiasan di Kelantan tidaklah sehebat ternakan ikan hiasan di Negeri Johor dan Perak, tetapi perkembangan industri ini pasti akan berkembang hari demi hari dan memberikan peluang pekerjaan kepada mahasiswa dalam bidang perikanan serta lepasan pengajian tinggi awam yang lain. 

Tetapi kegiatan memelihara dan menjual spesis ikan Bawal Merah (Colosomma/Piaractus) atau dipanggil ikan Pacu adalah salah di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 40 (1) dan (2) kerana memelihara, mengedar ikan terlarang.

Ikan Bawal Merah (Colosomma/Piaractus) atau 
dipanggil ikan Pacu adalah spesis ikan terlarang.

Sangat menarik sebenarnya bidang pertanian ini, tetapi tanpa ilmu yang cukup, masa kan dapat kecapi kejayaan. Betul tak?

Shino said : Industri makanan adalah asas kepada pembangunan negara.

Labels: , , , ,