Kasut Futsal : Mana Satu Yang Sesuai?

Kasut futsal banyak juga pilihannya dipasaran. Tapi yang membezakan keselesaan adalah mungkin disebabkan oleh material ataupun jenama. Setahu aku, tak semua kasut berjenama dapat menawan hati pengemar sukan futsal ni.

Ada yang cakap, kasut Adidas lebih tahan daripada Nike. Tidak pasti dari segi kebenarannya.  Bagi aku sendiri, aku lebih suka kasut brand Nike sebab ciri dan designnya yang agak moden dan cantik. Kalau nak ikut pemain bola terkemuka seperti Messi dan Fernando Torres (pilih Adidas) dan Christano Ronaldo (pilih Nike). Mostly brand ni paling top di Malaysia. 

Selain itu, kasut Pallas, Fung Keong, Goldcup dan Dragonfly turut menjadi pilihan. Murah dan boleh pakai buang. Prestasinya juga boleh tahan. Tetapi jika dilihat dari segi keistimewaan mungkin tidak setanding dengan kasut jenama mahal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan lain. Mungkin mereka kalah dari segi design dan material. Maklumlah harganya sangat berpatutan.

Permainan futsal sememangnya memberi kesan kepada sendi dan lutut. Ini kerana, kebanyakkan beban akan tertumpu kepada lutut dan kaki semasa mengelecek dan membawa bola. Ditambah pula dengan permukaan padang yang keras (tidak seperti padang bola @ tanah). Aku sendiri pun kerap cedera dilutut dan sendi kaki disebabkan oleh Futsal ni. Sehinggakan tukang urut sendiri pun sudah kenal sangat dengan muka ni...huhu

Pada pendapat aku sendiri, kalau nak main running dan dribbling, baik pergi kepada brand Nike. Tetapi untuk buat shooting, Adidas pilihan terbaik.  Tapi setahu aku, Nike Total 90 pun ok untuk shooting. Pilihlah mana satu yang sesuai. Sekarang ni banyak juga yang pilih kasut Joma Top Flex untuk futsal. Belum pernah try pakai kasut Joma lagi.

Apapun, main tu, main juga. Berjimat pun penting. Plus isu keselamatan jangan dikompromi sangat. Jadi fikirlah sendiri. Ok lah GO!

Shino said : duit takde pakai je malaysia Power Brand ---> Fung Keong

Labels: , , ,