Popular Posts

Friday, August 26, 2011

Berbuka Bersama KTOC


25 Ogos 2011 - Dikesempatan hujung Ramadhan ini, satu majlis berbuka puasa telahpun diadakan oleh Kelantan Triton Owners Club (KTOC) di Restoran Pelangi, Pasir Mas. Maka, dapatlah saya bersama sahabat-sahabat lain berbuka puasa bersama-sama sambil mengeratkan lagi ukhwah antara ahli baru.


Kehadiran sahabat lain daripada dua kelab 4x4 lain iaitu kelab Croc 4x4 dan Hilux Tuners Club (HTC) menjadikan majlis ringkas tersebut bertukar kepada satu majlis yang agak grand! Apepun saya ucapkan tahniah kepada urusetia kelab kerana berjaya menganjurkan majlis ini dan seterusnya menjadikan kelab peminat 4x4 ini terus maju ke hadapan. Syabas!