Duit Raya


Minggu lepas saya ke sebuah bank untuk menyelesaikan urusan menukar duit raya. Maklumlah, raya ni kalau takde angpau untuk kanak-kanak rasa macam tak lengkap. Walaupun saya tidaklah mempunyai ramai anak sedara namun, elok juga kalau ada sedikit angpau untuk kanak yang datang beraya. At least, seronok juga mereka.

Bila cakap pasal duit raya ni, teringat pada zaman kanak-kanak dulu. Masa dulu, kalau dapat RM 1.00 dah kira banyak. Biasanya orang akan bagi dalam 50 sen sahaja. Kata mereka, budak-budak tak boleh pegang duit banyak. 

Tapi sekarang lain. Paling kurang kena bagi RM5.00. Kurang pada tu, nampak sangat macam kita ni kedekut. Kalau anak sedara yang umur bawah 12 tahun, kurang-kurang kena bagi RM10.00 seorang. Yang paling rapat akan dapat RM50.00. Itu pun dah kira seperti rate biasa.

Saya bukanlah nak berkira pasal duit raya, tapi just nak tunjukkan bahawa masa dulu dan masa sekarang duit seperti dah turun nilai. Apa pun yang kita buat, jangan lupa, sedekah itu haruslah ikhlas dan elakkan sifat bukan menunjuk-nunjuk.

Labels: , , ,