Edisi Ronda EP.5 : Pulau Langkawi

Kali ini saya ke Pulau Langkawi selama 3 hari. Kalau namanya tempat duty-free, maka sudah tentu harga sesetengah barang tu boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Saya syorkan untuk anda shopping kat sini kalau nak dapatkan set pinggan mangkuk branded dengan harga berpatutan. Juga kepada perokok tegar. Harga rokok satu katun antara RM60 - RM70 sahaja. Boleh dapatkan bekalan rokok anda di sini. Tapi sesetengah orang tak berapa suka hisap rokok Langkawi. Tawar katanya.

 
 

Rules nombor satu kalau nak shopping ialah sila buat survey dulu harga kedai-kedai sekitarannya sebelum membayar fulus anda. Biasanya kalau ke Pekan Kuah, kaki shopping akan serbu kedai Haji Ismail Group, tapi sebelum itu sila lah survey di kedai Idaman Suri terlebih dahulu. Mana tahu, kot-kot dapat harga yang lagi cun.

Ok. Itu sahaja buat kali ini.

Labels: , , ,