Balada Kereta Oldskool Jalanan ep. 01

Setelah sekian lama mencari body yang sesuai untuk projek kali ini, akhirnya saya telahpun mendapatkan sebuah kereta lama untuk saya naiktaraf. Apa yang menjadi fokus saya dalam pencarian ini ialah kereta buatan jepun, dah mempunyai sistem pemanduan roda belakang (RWD - Rear Wheel Drive). RWD ini sesuai bagi kegunaan sukan drifting. Bab kata orang, ia lagi rare dari kereta moden zaman sekarang yang kebanyakkannya FWD. 




Bagi projek car, saya tidak perlu dapatkan body usang dengan harga yang mahal. Bujet permulaan diperlukan hanya kurang RM5k. Ia berpadanan dengan usia kereta ini yang dikeluarkan pada tahun 1980. Model Toyota Corolla DX KE70. Kapasiti enjin 1300cc.

Pengubahsuaian pertama saya lakukan dalam tempoh ini sudah pasti berkenaan struktur body utama, kerangka yang berusia 33 tahun sudah pasti banyak yang mereput. Bab ni lah yang paling kritikal, Maka, kerja-kerja membina, menampal dan mengimpal kembali struktur body memerlukan masa yang agak lama. Bergantung pada kes membaikpulih.


Body mereput dalam proses penyelenggaraan.
Kalau main kereta oldskool ni, kena banyak sabar. Pelan-pelan kayuh. Maklumlah, barang kat kedai sparepart susah nak dapat. Tapi kalau dah minat, semua jadi seronok. Pada saya, kereta oldskool ni ada seni tersendiri, maklumlah pakai benda yang jarang orang pakai. Pengiktirafan sukar nak digambarkan. Hanya peminat oldskool serata dunia sahaja yang tahu. ok nanti kita sambung lagi.


Toyota Corolla 

 p/s : aku gile oldskool

Labels: , , ,