Rokok Letrik atau e-cigarette alternatif kepada perokok tegar



Bila rokok dah jejak sampai RM14.00 sebungkus, terasa juga belanja bulanan terjejas. Maklumlah kalau sudah jadi perokok tegar, susah nak berhenti sekaligus. Tambah pula bila terbaca artikel (lupa kat mana) mereka yang berhenti merokok mengejut cepat kena penyakit. Sebab badan kita dan terbiasa dengan nicotine. Pengalaman saya merokok dah masuk 30 tahun.

Kalau nak kira belanjalah. Matametik mudah, RM14.00 x 30 hari (sehari sebungkus)  bersamaan RM420 sebulan. Ini sudah menyamai dengan bayaran bulanan Perodua Axia. Banyak juga tu. Tapi itulah susah nak berhenti merokok ni. Sehinggalah pada suatu hari, terjumpa benda yang dipanggil rokok letrik ni.

Saya juga baru mula vapor tak sampai 2 bulan, tapi sehingga kini syukurlah sebab dapat tinggalkan rokok. Bila start vapor, pahit pulak rasa rokok. Asap rokok baunya sangat busuk. Patutlah ramai tak suka perokok ni.

Setahu saya rokok letrik ini taklah sebahaya rokok biasa. Badan perokok ni perlukan nikotin, untuk dapatkan nikotin kita sedut semua termasuk 4,000 bahan kimia, karbon monoksida dan tar dalam rokok biasa. Itu yang bahaya tu. Kalau rokok letrik ni kita sedut clean nicotine. Lagipun, nikotin yang dibekalkan dalam perisa dijual dengan pelbagai peringkat kandungan. Ada yang 24 mg, 12 mg, 9 mg, 6 mg, 3 mg dan 0 mg.

Kandungan nikotin dalam rokok biasa biasa antara 18 mg - 25 mg bergantung pada jenis rokok. Kita boleh stop slow-slow pengambilan kandungan nikotin dalam badan seterusnya tinggalkan rokok.


Labels: , ,