Air Badak

Kat sini dah dekat 2 minggu hujan tak turun..member aku cakap kat Jepun pun panas jugak..tapi panas yang macam mana yang aku pun taktau.Lain pula di kawasan selatan especially di Johor Bahru..kalau aku tak silap disana hujan mencurah-curah hampir setiap hari..

Semalam memang panas sungguh,tekak dirasakan kering semacam,perit..aku rasa dah 2 kali aku masuk tab mandi..maka sesuatu perlu dilakukan..dengan ini timbul lah idea-idea dari housemate aku..supaya mendapatkan air Cap Badak Sumbu. Khasiatnya aku kurang jelas..tapi pada labelnya tertera untuk tujuan menyejukkan badan..aturannya? minum 4 gelas sehari untuk dewasa dan 2 gelas sehari untuk kanak-kanak..tapi dah habis sebotol aku minum baru terbaca aturan..maklumla, aku tak pernah minum air cap binatang tu..kekadang terfikir juga, apakah kandungan minuman tersebut? Menurut cerita Pak Pandir dari housemate aku, air itu diekstrak daripada sumbu badak sumbu...lantak lah..aku pun xtau..

Maka,keesokan pagi tekak terasa perit, badan rasa semacam...mungkin disebabkan minuman semalam..sememangnya minuman tersebut memberi kesan menyejukkan badan seperti yang diiklankan, namun jika diamalkan tanpa aturan yang betul seringkali mendatangkan kesan kepada tubuh badan..