Buddha Temple at Pasir Mas

Sebenarnya lawatan ke tempat ini tidak pernah dirancang. Aku sangat kagum dengan seni rekaan kuil Buddha yang sememangnya telah lama bertapak disini. Terdapat dua lokasi wujudnya kuil Buddha di jajahan Pasir Mas..Dipercayai kewujudan kuil ini adalah disebabkan persempadanan antara Kelantan dengan Thailand. Seperti sedia maklum, ketamadunan Buddha telahpun wujud di jajahan Pasir Mas sejak dahulu lagi..Kuil tersebut juga adalah terbuka untuk lawatan umum..Jika berkunjung ke sini, bolehlah datang berkunjung untuk melihat keindahan rekabentuk kuil yang sememangnya amat mengkagumkan…Perjalanan ke kuil ini mengambil masa 45 minit dari Bandar Kota Bharu..iaitu melalui Jambatan Sultan Yahya Petra dan menghala ke Pasir Mas..

Labels: , , ,