Episod DR. Love diteruskan...
Dr.Love :  Kamu tiada boyfriend?
Pesakit :   Sekarang dah takda..dulu ada..mmmmmm
                   (sambil mengeluh panjang)
Dr.Love :  Mana pergi boyfriend kamu..?
Pesakit :  Saya telah meninggalkan dia kerana dia selalu mempermainkan saya. Saya tak tahan   
                   dipermainkan lagi..
Dr.Love : Apa dia lakukan pada kamu? sehingga kamu meninggalkan dia?
Pesakit :  Dia cuba mengambil kesempatan keatas saya..
Dr.Love : Dia buat apa pada kamu?
Pesakit :  Dia telah mencium pipi saya..saya dah tak suci lagi..
                  (sambil menangis)
Dr. Love:  Hurm..so sekarang adakah kamu akan bercinta lagi?
Pesakit :  Saya tiada hati untuk bercinta lagi..sekarang saya nak mendekati diri pada yang Esa..
Dr.Love : Bukan kah selama ini pun kita perlu mendekati diri kita pada yang Esa tidak kira kita 
                   senang atau susah?
Pesakit :  Yer..saya paham tapi baru sekarang saya sedar..
Dr.Love : Adakah kamu akan memberi sekali lagi peluang kepada boyfriend kamu untuk memiliki
                  hati kamu?
Pesakit : Tidak mugkin kerana saya sudah tiada perasaan..
Dr.Love :Adakah kamu masih menghubungi dia?
Pesakit : yer..kami berkawan rapat..
Sambil tersenyum Dr.Love berfikir sesuatu... apa yang Dr. Love fikirkan??
Sama-sama lah kita renungkan..