Hal Perempuan

Orang kata perempuan terlalu emosi dan terlalu mengikut perasaan..Betul ke? Mereka memiliki daya tumpuan yang baik pada benda yang mereka suka..Contohnya jika mereka sukakan sesuatu..mereka akan berfikir dan mencuba untuk mendapatkannya..seperti beg tangan, baju dan aksesori perhiasan lain..yang sememangnya menjadi kegilaan mereka..Kebolehan mengingat mereka menjadi senjata pemusnah kepada lelaki yang suka memberi janji-janji kosong.. Awas wahai lelaki..

Dorongan untuk bersikap melulu dan berfikiran pendek juga adalah naluri mereka..Sensitif..mudah terasa..perlukan perhatian adalah sifat semula jadi mereka..Lebih-lebih lagi bila datang bulan atau mengalami ketidakstabilan hormon..Mereka dianugerahkan dengan sifat penyayang dan setia pada pasangan tidak boleh dinafikan lagi..

Perempuan adalah insan yang lemah dan sifat mereka yang mudah percaya seringkali menjadi santapan lelaki-lelaki buas yang dahagakan sesuatu...Awas wahai perempuan..beringat-ringatlah sebelum terkena..

Hati perempuan hanya pada seorang lelaki pada suatu masa..manakala bagi lelaki, mereka adalah sebaliknya..ini adalah sifat semulajadi lelaki dan berkadar langsung dengan tuntutan agama yang mana lelaki boleh berkahwin empat jika mereka berkemampuan..

Orang lelaki biasanya kurang bercakap dan manakala perempuan sebaliknya..Oleh yang demikian pernyataan seperti "hati perempuan terletak dimulut manakala lelaki pula mulutnya terletak dihati" mungkin boleh diterima pakai..