Hubungan

Perkara tersebut sering berlaku kepada pasangan bercinta terutama kepada si Gadis..Menurut survey yang dijalankan ke atas pasangan bercinta..perkara tersebut sering kali berlaku dan kadangkala mendatangkan masalah kepada hubungan. Apabila suatu perkara berlaku kepada pasangannya, Si Gadis biasanya akan :

Cemburu tak tentu pasal..
- Jika si jejaka keluar dengan kawan-kawannya,perlukah si gadis merasa cemburu sedangkan kawan tersebut adalah kawan lelaki si jejaka? Pelik tapi benar..

Mudah marah...
- Melenting tak tentu pasal berkenaan perkara kecil..si gadis biasa suka mengungkit perkara-perkara lama.

Hilang pertimbangan dan cepat melatah..
- Bila si gadis marah..dia akan hilang pertimbangan dan memaki hamun si jejaki..perkara ini memang memberi impak besar kepada hubungan..

Berfikir bukan-bukan..
- Contohnya jika terlihat komen di dalam friendster atau sebagainya..si gadis merasa tidak selamat walhal ia hanyalah sekadar kawan biasa.

Suka buat andaian yg bukan-bukan dan bersangka buruk..
- Jika si jejaka membuat jenaka..si gadis mudah percaya..sebagai contoh ayat penyata ini - "awak keluar dengan siapa tu?" si jejaka menjawab - "Keluar dengan girlfriend lah"...sebenarnya si jejaka hanya melawak...kalau ikut logik, kenapa pula si jejaka perlu memberitahu perkara tersebut? kalau betul dia ingin curang, perkara tersebut sudah pasti tidak akan dimaklumkan kepada si Gadis..

Gabra dan kelam-kabut..
- Cepat melatah dan bertindak tanpa menggunakan akal yang waras..

Mudah terpengaruh..
- Terlalu suka bertanya kepada pihak ketiga daripada pasangan sendiri..
atau erti kata lain, tidak percaya kepada pasangan.

Bertindak terburu-buru..
- Melakukan tindakan yg bukan-bukan yang merenggangkan hubungan..