Insentif vs Subsidi

"Saya ada ikan nak jual..tp xde orang nak beli..macam mana nak mintak insentif..? mmm..kena ada resit jualan baru boleh ambik insentif " - "Senang saja..kamu buat je resit dan taruk je nilai berapa..nnt dapat la insentif"

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dengan bantuan kerajaan ini..Insentif boleh di ibaratkan seperti "baldi tak bocor" tapi subsidi diibaratkan seperti "baldi bocor"..paham-paham je la..Sebenarnya subsidi dan insentif adalah dua benda yang tidak jauh beza. cuma pendekatan kerajaan kepada insentif adalah untuk mengubah propek orang melayu tentang bantuan kerajaan.. dengan erti kata lain ingin mengurangkan beban rakyat akibat impak ketidakstabilan ekonomi dunia...

Sekarang pelbagai insentif diperkenalkan oleh kerajaan..minyak...diesel...bahan mentah..wang ringgit..peluang ini harus digunakan sebaik mungkin supaya tidak berlaku penyalahgunaan bantuan kerajaan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan... Yang penting bantuan atau insentif atau subsidi ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin dan diagihkan kepada golongan sasar yang benar-benar layak...

Tapi harus diingat,kekurangan pemantauan pasti akan melemahkan dan mengagalkan usaha ini..