Kerja

Laju kereta dari engine
Dia asyik membantah..idea membuak-buak macam orang lain tak tahu apa? cakap mengalahkan menteri..macam-macam idea dan syok sendiri..buah fikiran orang dianggap seperti tidak bernilai dan tidak berfikiran jauh..bukan itu sahaja, idea orang memang tak pernah lut dek dia. Semua tak bagus..Tapi bila disuruhnya buat kerja..satu haram pun tak jadi..dalam miting kat kedai mamak..memang dia penceramah besar..sana tak kena sini tak kena..Itulah dia orang lama...dia bangga jadi orang lama..orang baru patut respek orang lama..

Laju engine dari kereta
Idea banyak..pandangan semua bernas..namun dia sengsara sebab satu benda tak jalan kerana tak ada siapa nak support dari belakang..jadi ,dia berdikari..cuba nak selesaikan..semua benda nak cepat supaya senang kemudian hari..tak banyak cakap sebab semua sudah ada prosedur..cuma pelaksanaan pincang kerana yang lain berpeluk tubuh..orang baru memang gini..rentak mereka tak sama..

Labels: , ,