Pemakaian di Kota Bharu

"KOTA BHARU: Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam. Arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makan.

Selain itu, beliau berkata antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500."

Petikan berita 23 Jun 2008..

Labels: , ,