Perkara Biasa

Isu 1.
Satu IPTA menjalankan aktiviti bersama pelajarnya. Aktiviti tersebut adalah untuk memberi cabaran dan ketahanan minda dan fizikal pelajar mereka. Aktiviti tersebut ialah mengadakan sesi perkhemahan di hadapan asrama pelajar. Aktiviti ini sungguh mencabar..

Isu 2.
"Kalau boleh saya nak kerja depan umah saya, dekat sikit nak balik. Sekarang jauhla, nak balik pun susah".. si A bekerja di kawasan pekan kurang 10 kilometer rumahnya.

Isu 3.
"Semalam ada kemalangan jalanraya..huh ngeri betul..jalan jem teruk!" - si A
" Kemalangan melibatkan ape?" - si B
"Ntah aku pun tak sempat tengok..jiran aku yang cerita" - Si A

Setelah dikenalpasti, ia bukanlah kemalangan jalanraya tetapi hanya kerosakan lampu isyarat sahaja.

Isu 4.
Seorang lelaki hanya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM. Dia mengeluarkan sejumlah wang untuk mengisi petrol.

"Saya keluarkan RM50 sahaja dari akaun saya untuk membeli petrol.." - si A
"Kenapa kamu hanya mengeluarkan sejumlah kecil sedangkan kamu perlu membeli keperluan yang lain?" - Tanya si B
"Saya sedang mengawal perbelanjaan tersebut..nanti kalau perlukan wang..saya datang untuk keluarkan wang lagi" - Jawab si A

Isu 5.
si A selalu keluar makan dengan si B. Namun si B tidak pernah membayar makanan yang dimakan dan mengharapkan si A belanja. Begitulah berlaku setiap kali. Suatu ketika selepas si A membayar makanan si B pun berkata :

"Alahai, selalu je awk belanja..nantilah saya next time saya belanja..susah-susah je.." - Ujar si B

Tapi pada hakikatnya..si B tidak pernah pun berbuat demikian..

Labels: , ,