Pertanian Satu Cara Hidup

Sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan aktiviti pertanian bagi mengurangkan pergantungan dengan bahan makanan lain pelbagai cara dilakukan untuk menyahut seruan ini. Memandangkan harga bahan mentah seperti ikan laut, ayam dan sebagainya kian meningkat, elok lah kita menjadikan aktiviti pertanian sebagai salah satu hobi.

Menanam sayur-sayuran sebagai tanaman penghias rumah mengantikan pokok bunga tentunya memberikan banyak faedah. Pokok-pokok seperti tomato, halia, lada, serai, sawi, terong dan kacang bendi amat sesuai ditanam sebagai hobi disamping hasilnya sudah tentu dapat dimakan seisi keluarga.

Pada zaman sekarang, pelbagai jenis aktiviti pertanian bermula dari ternakan lembu sehingga kepada ternakan lintah dan katak sudah tidak asing lagi diperkatakan, yang pasti ia akan memberikan pulangan yang lumanyan.

Pernahkah kalian makan ikan keli..? keli yang saya maksudkan ialah keli Afrika dan ia amat berbeza dari keli tempatan atau keli bunga clarius macrocephalus. Pada masa sekarang pelbagai kaedah ternakan ikan air tawar di perkenalkan. Bagi aku, ternakan keli secara tangki kanvas amat sesuai diamalkan dirumah kerana ia tidak memerlukan kawasan yang luas dan keli dapat diternak dengan mudah tanpa perlu pemerhatian yang rapi. Selain itu,keli mudah membesar dan hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 5 bulan untuk mencapai saiz tuai. Kelebihan menternak dalam tangki kanvas ialah keli tidak akan berbau hanyir dan kadar kemandirian mencapai sehingga 90% hidup.

Menurut kajian,ikan keli mempunyai khasiat yang tinggi serta mengandungi zat Omega 3 yang mencerdaskan akal. Sebenarnya mengambil ikan sebagai sumber protein badan amat bagus berbanding mengambil daging merah daripada ayam, kambing dan lembu…