Tenaga Badan

Lesu..tangan macam mengigil..mungkin sebab penat kot takpun tak cukup tenaga..kenapa kita tak cukup tenaga? sebab tak makan ke? yer..mungkin..sebab bila makan badan akan mendapat tenaga yang cukup untuk bekerja..tapi terpulang pada individu..ada yang suka makan nasi..ada yang tak makan nasi pun takpe..pilih mana-mana yang selera untuk diisi..janji kamu kenyang..

Semalam aku tak makan langsung..minum air mineral je..sebab tu aku mengigil..jadi kena buat something la supaya tak jadi gitu..parah ke? tak pun..tapi lesu lah..Sesetengah orang pagi-pagi dah melantak nasi penuh pinggan..biasa yang negeri sebelah pantai Timur..selain pada dua negeri ni..mereka lebih suka sarapan hanya dengan makan kuih ataupun roti canai..Tapi macam aku..aku takleh nak masuk nasi pagi-pagi..tp kalu lapar semua aku makan kecuali periuk belanga serta sekufu dengannya..

Arini aku makan nasi..bukan pagi..tapi tengahari..sebab badan aku memberi alert suh makan..kalau tak makan nanti flat..bateri weak..bleh jamm..sebab kalu tak makan badan akan jadi lesu dan tak bertenaga..

Kekadang kita perlukan sesuatu untuk memberi lebih tenaga. Contohnya dimasa-masa kritikal seperti memandu dijarak yang jauh atau berjaga menonton perlawanan bola sepak..biasanya minuman pemberi tenaga seperti LIVITA dan REDBULL menjadi pilihan utama..pada aku ia memberi kesan yang menakjubkan..tapi kesannya pasti ada apabila anda tidur..sure flat..

Tradisi meminum kopi pun kekadang menjadi salah satu cara untuk menahan mata dari mengantuk..ia juga memberi kesan kepada otak untuk memberi perangsang kerana ia mengandungi kaffien..Aku ni bukan penggemar kopi..sekadar minum suka-suka bolehlah..

Ada juga yang menjadikan rokok untuk menahan mata dari mengantuk...betul ke? mentality memang gitu.. tapi bila diselidik kandungan rokok..memang mengandungi nikotine..bahan ni lah yang merangsang otak..jadi kita akan berasa tenang..tapi risikonya, kita akan ketagih..disamping menyedut pelbagai racun merbahaya..Menurut kajian, perokok yang merokok pada waktu malam iaitu melebihi jam 10.00 malam, vitamin C pada badan akan berkurangan.. so, kurangkan merokok pada tengah-tengah malam dan banyak-banyakkan makan buah-buahan serta vitamin C.. Vitamin C bagus untuk menahan dari jangkitan penyakit...