Wayang

Wayang kulit adalah permainan tradisional rakyat..namun lain lak makna nya kalau 'main wayang'. Pelakon-pelakon yg mendalangi terdiri daripada seekor kambing hitam, bapak pengampu, tukang karut dan boneka.. huh permainan ni sering berlaku dimana-mana pertubuhan especially pertubuhan yang kritikal berkaitan kewangan...

Makanan yang dimakan tanpa usaha dari keringatan sendiri sering kali menjadi penyakit kronik yang kekal sebagai darah daging.. watak si kambing hitam memang diakhiri dengan tragedi... begitulah bahaya nya permainan ini.. sekali terkena padah seumur hidup..

Hanya kekuatan jiwa dan AGAMA yang kuat beserta pengetahuan sahaja menjadi pendinding untuk terus gah melangkah ke mercu kejayaan...

Kadang kala,gelagat si mentah jika tidak diasuh dengan betul,maka hanyutlah ia bersama-sama,siapa harus disalahkan? Si mentah terus gigih menagih ilmu tanpa mengetahui buruk baik benda yang diamanahkan....renungkan lah..