Begitulah keadaannya, pemilik kenderaan ini adalah anak kelahiran negeri Terengganu yang meminati bidang modifikasi. Modifkasi bermula apabila beliau mula memiliki kenderaan sendiri buatan tempatan pada tahun 2005. Kereta jenis proton Wira dibeli oleh beliau adalah keluaran baru dengan harga RM48,0000. Sesaran engine adalah 1,500cc dengan kekuatan lebih kurang 70HP.
Setelah lama menggunakan engine asal, beliau telah pun hilang minat dengan prestasi engine sedia ada dan bercadang mendapatkan engine yang lebih berkuasa. Dorongan dari kawan-kawan serta sedikit pengetahuan berkenaan system engine turbo, beliau telahpun mengambil keputusan untuk mendapatkan engine turbo daripada model Mitsubitshi Lancer GSR 1.8cc atau juga dikenali dengan 4G93T. Harga adalah sekitar RM6,500 dan pemasangan mengambil upah sebanyak RM1,000 - RM1,200. Engine asal telahpun dijual dengan harga sekitar RM1,500.
Modifikasi bermula dengan menukarkan intercooler asal kepada jenis infinite untuk melancarkan pergerakan udara panas dalam system turbo. Selain itu, saluran getah yang menyambungkan komponen penting engine telah ditukarkan kepada saluran stainless steel untuk memberi ketahanan semasa engine berfungsi dan menghalang kebocoran vacum dan boost engine semasa memecut. Sambungan-sambungan paip diikat dengan paip silicone berjenama SAMCO yang terbukti tahan panas.
Sistem penapis udara telah ditukarkan kepada jenis Apexi Twimfin untuk meningkatkan prestasi engine semasa memecut. Blow in asal engine telah dinaiktaraf kepada jenis blow off yang berjenama SARD R2d2 bagi tujuan menjamin pembebasan lebihan boost dengan baik. Wastegate jenama HKS bersaiz 38mm juga dipasang pada system engine tersebut.
Selain itu, kabel plug jenama NGK Hyper silicone bersama plug jenis HKS dipasang untuk menjamin pembakaran sempurna petrol semasa engine dihidupkan.
Asessori dalaman dipasangkan dengan kerusi semi bucket jenama RECARO diambil daripada kereta mitsubitshi Evolution 3. Pemilihan komponen dari jenis evolution 1 hingga 3 banyak persamaan kerana keadaan chasis proton Wira adalah sama dengan kereta buatan Negara Matahari Terbit.
Meter tambahan dipasang berjenama Apexi untuk menunjukkan ukuran boost serta kelengkapan elektronik lain seperti Apexi Rev Speed Meter (RSM), Greedy Prospec B Boost Controller dan HKS Type – 1 Turbo Timer.
Sistem audio dengan speaker jenama Kenwood dan player jenama Pioneer MP3/WMA/CDA serta dilengkapi system power amp jenis JBL.
Dari segi luaran, kereta beliau telah mengenakan bodykit 100% diambil dari model Mitsubitshi Lancer Evolution 1 dengan cermin belakang dilengkapi system wiper yang juga diambil daripada kereta model tersebut.
Rim Evo Regamaster bersaiz 16 inch dikenakan bersama tayar 205/55/16 jenama YOKOHAMA R1 Adrive untuk memberi cengkaman yang baik semasa memecut di dalam keadaan hujan.
Sistem ekzos juga ditingkatkan dengan memasang muffler ekzos jenis HKS Super Dragger dengan saluran ekzos 2.5 inch lebar.
Sehingga kini dianggarkan pengubahsuaian beliau mencecah RM30,000.00 dan angka tersebut amat familia bagi peminat bidang modifkasi. Namun bila ditanya berkenaan perancangan modifikasi masa hadapan, dengan sinis, beliau menjawab “Dunia modifikasi sememangnya tiada penghujung…”
Luaran :
Bodykit evo 1 complete
Rim Evo Regamaster 16’
Tayar Yokohama 205/16/55
Adjustable GAB hi lo
4WD disc brake complete arm
Anti-roll bar evo
Engine :
Wastegate HKS 38mm
Blow off SARD R2D2
NGK Hyper silicone plug cable
Apexi Twimblade
Infinate Intercooler
Stainless steel piping
Dalaman :
RECARO Evo 3 complete set
GSR door trim complete
Dashboard EVO with MOMO Daytona steering
Arm rest, foot and carpet Evo
Quick shift Evo
Apexi Black Boost meter
Autogauge Open ceremony water temp
Greedy Profec B Boost Controller
HKS type 1 Turbo Timer
Apexi Rev Speed Meter (RSM)
Pioneer player and Kenwood speaker with amp.