Ayat

Aku bukan bomoh atau tok batin. Cuma ingin menceritakan sesuatu yang mungkin memberikan pandangan yang berbeza. Pelbagai cara digunakan untuk mendapatkan sesuatu sama ada cara terang-terangan atau sebaliknya. Aku memperolehi ayat ini daripada seorang tua berumur lingkungan 60-an. Ayat tersebut dikenali sebagai "ayat bangkit". Ayat ini adalah biasa diamalkan untuk mendampingi si dia.

Diamalkan sebelum tidur. Maka si pemuja menepuk bantal sebanyak 3x dan membalikkan bantal. Dengan niat agar bermimpikan si dia. Insan yang disukai.

"Tepuk bantal panggil semangat,
semangat datang dalam mimpi,
bukan aku tepuk bantal,
tapi aku tepuk roh (nama),
dengan kalimah lailahaillalah.."


Setelah ditanya dari segi kesahihannya. Ia memang berlaku dengan niat si pemuja harus yakin. Orang yang dipuja akan bermimpikan hal yang sama bersama si pemuja. Dengan erti kata lain, mereka akan sama-sama berkongsi mimpi. Namun sejauh mana kebenarannya adalah terpulang pada pandangan masing-masing. Aku no komen~

(pengamalan ajaran sesat adalah dilarang oleh agama)

Labels: , ,