Malang Tak Berbau

Semalam hari paling malang bagi aku. Pagi tu, dah la bangun lambat, kunci umah lak hilang taktau taruk kat mana. Aku cari-cari tak jumpa. Kat tempat keje, bos pulak suh aku buat task baru. Pening jugak sebab semua benda kena set balik. Apa-apa pun aku akur dengan arahan bak kata orang “saya yang menurut perintah”.

Habis je waktu opis. Aku bergegas pulang dari pejabat. Then, tak semena-mena kereta aku lak kena langgar dari belakang.. huh! Hangin satu badan. Abis bumper sekeping. Tapi mamat tu janji nak ganti. So, aku ambik no. hp dia. Tensen-tensen, baru je planning nak tuko kaler. Nampaknya kena hold dulu ah.

Malam tu kawan aku ajak makan area HUSM, Kubang Kerian. Konon-konon nak cuci mata. Aku ikut je, lagipun dah lapar sangat ni. Gi opis tadi lupa bawak wallet lak. Maka, mula lah order makanan, tapi masakan yang kawan aku order dah sampai. Aku nya lom sampai-sampai lagi..huh geram betul! Membe siap dah abis makan lagi.

Abis je makan, balik umah. Nak rest sebab penat, bukak YM jap. Setelah semua selesai, aku mencapai towel menuju ke bathroom. Nak cuci muka, gosok gigi. Kuar je dari bathroom. Naik bilik atas, nak ambik baju untuk iron. Masa turun tu, tak perasan kaki aku basah. Maka, tersilap langkah dan “kedebuuuk gang ganggg dukkk”

Maka tergoleklah aku dari anak tangga ke dua hingga anak tangga ke lima. "Maakk aiiiii " sakit teramat sangat.. Abis macho model berseluar boxer. Aku tersadai di tangga menahan klimaks kenikmatan anak-anak tangga yang menusuk tubuh badan aku..Aku tarik nafas berulang-ulang, sakit sangat-sangat. Lengan dan peha terasa kebas. Aku perasan membe aku yang tidur terlantang depan tv tu sedar tak sedar je bunyi bising umpama buah durian jatuh ke tanah. Padat bunyinya.

“bro, ko okey tak bro” – mamat tu bertanya sambil mata terkebil-kebil.

“Ouchh.. ok kot…..” – jawab aku yang senak menahan sakit.

Setelah kaku disitu selama 5 minit. Aku bangit merangkak turun ke bawah dan baring disofa. Lengan-lengan dan peha aku macam dah lebam. Tapi syukurlah sebab takde yang patah riuk.

Labels: , , , ,