Blogger requesting issue: Job.

Round 1: Kerja yang sesuai untuk wanita.

Zaman sekarang. Lelaki dan wanita perlu bekerja lanjutan keperluan hidup yang semakin meningkat. Namun, yang menjadi isu adalah pekerja sesuai untuk wanita setelah memasuki alam perkahwinan. Masa dengan keluarga, suami dan anak-anak.

Saya usulkan satu contoh pekerjaan yang hangat diperkatakan kepada wanita:

Guru:

1. Kenapa ia sesuai? Kerja halfday.

2.Cuti banyak dan mengikut masa cuti persekolahan.

3.Tiada kerja luar atau mesyuarat di luar kawasan.

4. Anak-anak dapat disenggara dengan baik oleh kerana mereka mahir dalam selok belok pembelajaran.

5. Bertindak sebagai pendidik anak bangsa dan pendidik kepada anak-anak beliau. Satu pekerjaan yang mulia.

6. Masa dengan suami yang cukup. Sempat menyediakan makan petang dan menjaga anak-anak dihujung minggu.

7. Berdaya saing dengan value added jika anda ingin membuka kelas tusyen bagi pelajar-pelajar dihari minggu disamping gaji yang lumayan dan terjamin.

8. Tiada halangan dalam pekerjaan jika terpaksa mengikut suami kerana usah dirisau, sekolah berada dimana-mana pelusuk negeri.

9. Boleh merancang cuti terutama pada cuti sekolah untuk berkelah dengan keluarga.

10. Jasamu dikenang. Anda pasti teruja jika anda ditegur oleh seorang yang anda tidak kenali dan memanggil nama anda cikgu. Orang itu ialah orang yang berjaya dan dia adalah bekas anak murid anda.

Kenapa ia tidak menjadi pilihan:

Tak glemer. "nak glemer gi la jd artis" - Abg Lampir

Tak suke budak-budak. "abes awk dulu tu kan budak jugak" - Abg Lampir

Susahlah jadi cikgu. "Tiada yang mudah dalam dunia nih kalau taknak blaja" - Abg Lampir

Saya tak minatlah jadi cikgu macam skema je. " ermm alasan semua tu dan bukan mencari penyelesaian?" - Abg Lampir

Buat penat je blaja tinggi-tinggi. last jadi cikgu. "oklah dari duk menganggur kan?" - Abg Lampir

~ pusingan pertama..sila ulas.

Labels: , , ,