Isi Tersurat & Tersirat

Kadangkala aku pun rasa pelik dengan apa yang berlaku. Pada suatu hari, Si A menceritakan sesuatu berkenaan kawannya yang mempunyai mirip perlakuan yang sama dengan si B tersebut. Tetapi yang membezakan antara kawan si A dengan si B itu adalah kawan si A adalah jenis yang pandai menjaga penampilan dari segi pemakaian..

Pernyataan tersebut membuatkan Si B itu marah dan menganggap Si A telah menyindirnya berkaitan pemakaian. Padahal, pada hakikahnya Si A tidak pernah berfikir begitu malah dia menceritakan dengan niat untuk berkongsi sesuatu..Macam tak patut je kena marah?

Adakah ia boleh dikaitkan dengan “isi tersirat dan isi tersurat?” Perkara macam ni selalu berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa disedari..Bagi lelaki, sememangnya agak sukar untuk detect benda-benda yang tersirat ni.. aku sendiri pun kadangkala tak cakna berkenaan hal ini.. maka aku memberikan beberapa contoh yang agak mirip dengan perlakuan atau arahan atau pernyataan yang memberikan maksud maklumbalas yang harus dilakukan..atau bolehlah dikategorikan sebagai suruhan dengan cara lembut sebagai contoh :

Kenapa dapur hari ini macam tak berasap je”
- Maksudnya dia menyuruh untuk menyediakan makanan untuk dimakan.

“Kalaulah ada something yang boleh dimakan..ok jugak.”
- Dia lapar la tu..

“Anak kawan abah rajin betul pergi surau..selalu je abah nampak dia waktu maghrib”
- Maknanya, orang tua tu nak anak dia jadi macam budak yang dia cakap tu la..

Rasanya banyak lagi benda yang tersirat kalau nak diletakkan sebagai contoh, tapi kan benda-benda camni memang kena sensitive..hasilnya kita akan menjadi PRO yang baik terutama dengan bos-bos. PR ni bagus sebenarnya..tapi kalau lebih-lebih sangat nampak macam kaki bodek la pulak.. yang pasti benda-benda gini perlu kita concern sepanjang menjalani hidup ini...

Labels: , , ,