Kambing Hitam

Kambing Hitam? Dikambing hitamkan..dua-dua benda yang sama. Yang pasti sape yang jadi kambing hitam memang parah, hidup takkan aman dan selalu kena buli. Kambing hitamkan orang memang best. Tapi yang jadi kambing tu seksa. Lama-lama kambing pun tensen, mintak disembelih cepat-cepat sebab tak tahan. Sebagai contoh, kita terpaksa cover benda yang salah untuk menyelamatkan seseorang dan orang yang nak diselamatkan adalah orang yang berkepentingan.

Bos buat salah tapi dia taknak ngaku, takut kena marah dengan big bos. So, kambing hitam adalah orang yang duk tengah-tengah antara big bos dan bos. Bila masalah berlaku, bos yang buat salah akan menggunakan kuasa menekan anak buah sehingga ia bertukar menjadi kambing hitam. Maka, mengembeklah si kambing hitam itu. Yang teruk si kambing lah. Kesian kambing hitam. Kenapa lah jadi bodoh? Kerana dia tak mampu dan taknak ingkar perintah. Jadi, menjawablah si kambing kepada mereka-mereka itu seolah-olah dia yang buat silap. Kalau pandai-pandai nak betulkan keadaan, pasti digelar badboy..

Labels: , , ,