Makan

Tengahari tadi aku keluar makan dengan seorang kawan baru. Sebenarnya aku dah lama memerhatikan gerak geri mamat ni. Sejak aku mula-mula kerja kat tempat baru. Dia selalu senyum dan sangat rajin bekerja. Umurnya, agak sebaya dengan aku. Masih single. Berketurunan siam dan berasal dari Bangkok. Fasih berbahasa siam. Islam. Maka, lepak la kami berdua di sebuah restoran masakan siam. Aku suka makan kat situ sebab masakan dia boleh dikatakan sedap gak. Disamping dihiasi pelayan restoran juga orang berketurunan siam.

Masa aku order makan. Dia pun makan gak. Tapi dia tak makan nasi goreng dan hanya makan nasi putih dan sayuran. Dia cakap dia tak makan daging. Air? Ermm dia tak minum air. Aku tanya kenapa? Dia cakap dia sudah biasa makan cara tu. Aku yang terasa pelik, terus memerhati gerak-geri dia. Abis je makan, kami beredar dan dia bergegas mencari “colek nenas” yang dijual sekitar bangunan tersebut. Aku tanya kenapa? Tadi makan minyak sikit so if nak release minyak dalam badan tu, kena makan nenas. Aku senyap.

Sambil berjalan ke pejabat, aku tanya lagi. Kalau tak nak badan jadi gemuk macam mana? Dia cakap, jangan makan malam. Paling lambat makan sebelum maghrib je. Kena amal macam tu kalau tak nak gemuk. Ermmm (aku berfikir kebenaran kata-kata dia) .

Labels: , , ,