Mencari diri


Pada aku, teman yang setia adalah orang yang mempercayai kita dan sayang akan kita. Dan aku tewas dalam semua itu. Yer, sekarang aku sedar aku bukanlah insan yang sempurna untuk memiliki semua itu. Kadangkala benar juga nasihat orang-orang lama. Carilah teman yang menyayangi diri anda daripada anda terhegeh-hegeh mencari dan menanam harapan yang tinggi pada sesuatu benda yang belum tentu memberikan sesuatu yang bermakna untuk anda. Bak kata orang, kalau berpaut pada dahan yang reput sudah pasti ia akan reput dan akan tersungkur jatuh ke tanah.

Arini aku rasa tak tenang, entahlah. Apa yang sebenarnya berlaku? Perkara seperti itu kadangkala menganggu perjalanan hari-hariku. Adakah aku terjebak? Yer..aku terjebak dengan cara yang tidak disengajakan. Aku tertewas sendiri. Apa jua kemungkinan yang mungkin terjadi, aku redha. Namun ia adalah lumrah dan aku puas dengan apa yang aku lakukan. Salah ke? Adakah kerana langkahku sumbang, tapi itu sahaja yang aku mampu. Biarlah. Biarlah ia berlalu. Mungkin itu lebih baik. Aku perlu lakukan sesuatu supaya ia tidak tersasar jauh. Noktah.

Labels: , ,