Mimpi

Semalam aku mimpi. Apa punya mimpi pun aku taktau. Memang tak lena gak tido. Tapi sekali dia hanyut, pergh siap mimpi-mimpi lagi. Oklah mari aku bercerita tentang mimpi itu.

Suatu petang, kawan aku menelefon aku, dia cakap ada job baik. Nanti dia akan faks something kat opis masuk. Aku gi cek tengok-tengok ade paper berbentuk soalan pertandingan. Hadiah dijanjikan adalah bernilai RM800,000.00 dan pertandingan ini bertajuk :

Ada dua (2) soalan esei. Pilih mana-mana satu :

1. Cerita pasal dasar kerajaan masa ini. Halatuju negara 2020.
2. Sila huraikan dan gambarkan keenakan memakan buah Durian.

Kelayakkan : Pegawai dalam department aku sahaja. Dalam hati aku terfikir. Sure leh grab benda ni sebab dalam department aku tak ramai yang muda-muda dan aku sure diorg pun malas nak masuk pertandingan esei nih. Sebab biasanya kalau ada masing-masing malas nak ambil port. Kat bawah paper tu member tu de mark something.

* ko jawab soklan no. 2 tu. mesti ko menang :)

Dapat je soklan tu, aku terus contact sepupu dan sedara aku yang agak cemerlang dalam Bahasa Melayu dan bagi tajuk tu. Suruh diorang buat betul-betul. Pastu aku kaw tim balik la kalau menang..Sub contract kan benda tu je.. hehehe budak-budak fresh ni memang ligat sket bab-bab penulisan esei nih..

Sedang syok berangan dalam tido. Pukul 6.15 a.m aku terjaga dan terpinga-pinga lantaran jam loceng menyanyikan lagu : The Lagend Of Boo. huhu dah pagi rupanya. Bingkas mandi dan pergi kerja.



Labels: , , ,