Oh Air


Apa yang memeningkan kepala aku ialah air dirumah sewa aku ni. Kat singki dapur memang berkeladak. Bila hujan je, air pasti jadi berkeladak macam tu. Pada mulanya aku mengesyaki bahawa keladak tersebut bermula dari stocking water tangki rumah. Tapi bila dikenalpasti, air dari paip singki dapur adalah direct dari paip besar luar rumah yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan. Adakah tiada pemantauan dari pihak tersebut dalam memastikan keadaan air bersih yang disalurkan? Susulan daripada hal tersebut, aku pun telah bertanyakan hal tersebut dengan jiran-jiran dan jawapan mereka adalah sama. Di kawasan ini memang bermasalah dari segi penyaluran air bersih jika berlaku hujan lebat. Mungkin ia berpunca dari kawasan tadahan air yang berlumpur.

Yang herannya air disingki dapur je yang berkeladak. Yang kat bilik mandi jernih je. PH 7. hehe kalau tak taktau la.Takkan hari-hari nak mandi dengan air mineral? Setakat ni, air minuman hanya diperolehi daripada kedai. Ah.. bile nak selesai. Nampak gaya kena beli mineralpot la..

Labels: , , ,