Santai Petang


Itu adalah view flat hijau yang menjadi pemandangan biasa bagi aku bila lepak minum kat warung tepi jalan. 300 meter dari rumah sewa aku. Aku tinggal disebuah taman perumahan 15 minit daripada KB Mall dan berdekatan dengan HUSM, Kubang Kerian. Biasanya, balik je dari opis. Aku singgah minum jap. Kekadang makan petang. Bergantung pada selera dan mood aku pada hari itu. Tapi, biasanya aku singgah minum dulu sini. Maklumla, balik umah pun takde sape. Housemate aku lak balik lambat. Kekadang kami pun minum petang disini. Relek-relek, sembang-sembang pasal kerja dan sebagainya. Sekarang pun dah jadi macam routine biasa. Singgah je akak tu sure sediakan milo ais untuk kami. Maklumla, dah biasa dengan menu tu. Maka bersantailah kami.

Labels: , , ,