Seludup Beras

Pangkalan Kubur : Apa yang pasti,kegiatan penyeludupan beras dari Thailand sudah tak terbendung lagi. Susur jalan ini adalah kawasan yang aktif dengan kegiatan penyeludupan beras siam. Yang menjadi sebab kegiatan penyeludupan tidak dapat dibendung adalah kerana ia menjadi amalan tradisi masyarakat di kawasan tersebut. Walaupun pihak berkuasa telah berulangkali menjalankan operasi membenteras namun ia masih berleluasa sehingga kini. Penyeludup-penyeludup ini berkeliaran tanpa segan silu membawa beberapa guni beras yang dibalut dengan plastik hitam untuk mengelirukan pihak berkuasa. Semasa melalui laluan tersebut, saya sempat melihat beberapa anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan kenderaan yang nyata dipenuhi dengan beras siam. Menurut penduduk kawasan tersebut, penyeludupan beras adalah merupakan mata pencarian sesetengah penduduk kawasan tersebut. Kegiatan ini sudah menjadi darah daging mereka.

Labels: , , ,