Senak

Sudah masuk hari kedua. Rasa sakit akibat jatuh ditimpa tangga belum lagi sembuh sepenuhnya. Bukan apa, belum sempat aku menggunakan hikmat meringan badan, aku dah tergolek macam hero tamil dan tersadai ditepi dinding konkrit. Kesannya menusuk hingga ke pinggang sebelah kanan. Pada mula-mula kena, bisanya belum merebak. maka, benda-benda gini memang aku tak masuk kepala. Lama-lama dah ada lebam pun aku anggap macam biasa. Sebab lebam je. Lagipun aku okey je. Tak rasa sangat.

Semalam hujan lebat. Aku terjaga 3 ke 4 kali. Sakit, senak semacam kat bahagian yang tu. Bukan bahagian yang "gatal" tu tapi kat bahagian yang sakit ( ha ha ). Arini aku naik opis. Ada baiknya aku bertanya kepada mereka, di mana letaknya umah tok batin yang boleh menyembuhkan sakit ini. Dengar cerita ia terletak di selatan Kota Bharu. Aku harus ke sana mengadap pakar tradisional.

Labels: , , ,