Pada aku, dia ni amat patuh dengan perintah, dan dapat melaksanakan sesuatu dengan baik walaupun tingkah lakunya agak pelik. Kenapa mereka suka membuli orang yang begini? Mempermainkan, mengejek dan memperlakukan benda tak sepatutnya.
Berbeza dengan mereka ini, petang hilang, tengahari tak nampak. Pagi sibuk dengan cerita dan tiada apa yang dibuat. Hanya berlenggang menunggu waktu tengahari. Aku taktaulah apa nak jadi. Kejam sungguh mereka memperlakukan begitu. Walaupun, dia agak bodoh-bodoh tapi aku yakin dia punya perasaan. Cuma Tuhan sahaja yang tahu. Suatu hari aku terpandang air mata nya mengalir sambil melakukan kerja;
Abang Mat : “Takde ah duk ngetip kertas..sibuk arini bos”
(jawab dia dengan nada selamba)
Aku tau sebenarnya, kerja tu bukan kerja dia. Aku suruh orang lain buat. Last-last Abg Mat lak yang buat. Begang aku. Siapa yang tak guna sebenarnya?