Timba dan Perigi

Lelaki kadang-kadang kompius. If dia suka kat sorang
gadis tu.
Dia jadi blur. Macam mana nak menarik perhatian.
Dengan erti kata lain "memikat" untuk mencari pasangan hidup.
Jika diibaratkan terjumpa si gadis
yang disukai secara tak sengaja.
Maksudnya ditempat
ilmiah seperti perpustakaan, di kedai makan,
terserempak, or di shopping mall.

Setahu saya, pada peringkat permulaan lelaki akan melihat
perwatakan si gadis
dari segi pemakaian dan assesori dipakai.
Contoh, kalau pakai cincin emas dengan gelang bersepah,
maknanya "mak Orang la tu" a.k.a dah kawen.


So, yang menjadi masalah ialah macamana caranya
untuk mendekati? adakah dengan sapaan atau sebaliknya.
Ayat biasa " macam pernah tengok je" hehe Kekadang,
perbuatan ini memberikan impak kepada
penerimaan wanita
kepada lelaki. Kekadang ia
dipandang sinis,kekadang dipandang
seperti
gatal dan sebagainya. Namun,hakikatnya jika perbuatan
ini dilakukan oleh lelaki untuk mendekati
si gadis, ia akan dipandang
serong atau kurang manis.
Walhal ia adalah satu perbuatan biasa
dengan erti kata
lain "timba mencari perigi" hehe betul atau tidak?
terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing.

Adakah cara lain yang lebih berkesan? Saya tidak mahu berkata
apa-apa kerana saya tidak layak
untuk memberikan hujah disebabkan
kekurangan kemahiran
saya dalam bidang ini.

Labels: , , , ,