Tudung

Setahu saya terdapat pelbagai jenis tudung, kalau berkunjung ke Pasar malam Wakaf Che Yeh anda pasti teruja dengan barang-barang jualan di sana. Bak kata orang “Syurga bagi wanita” . Yang pasti jangan bawak teman wanita anda ke sana kerana sudah pasti anda akan menjadi pemurah.

Saya sebenarnya tak arif sangat berkenaan jenis tudung ni. Bila ditanya, sebenarnya banyak juga jenis-jenis tudung. Bagi kaum hawa, pemakaian tudung memang sudah sebati bagi mereka. Kecuali bagi mereka yang tak bertudung. Pelbagai cara mengayakan tudung. Ada yang pakai kat kepala. Ada yang pakai kat leher dan ada pula yang pakai pada pinggang. Pakailah ikut kesukaan anda kerana anda berhak memakai dimana sahaja yang anda mahu. Namun, ada juga yang kreatif menjadikan tudung sebagai alas meja dan sebagainya. Saya lak buat tudung untuk lap kereta, tu yang dah taknak dipakai lagi. Masing-masing punya selera.

Ok. Dari segi jenis tudung, disini saya senaraikan jenis –jenis tudung yang pernah di dengar. Penamaannya adalah bergantung pada tempat dan jenis buatan. Tiada nama khusus atau standard name untuk tudung.

  1. Tudung Bawal – very familia kan?
  2. Tudung Bidang 45
  3. Tudung Belanga
  4. Tudung Periok
  5. Tudung Misai datuk K
  6. Tudung Kembung
  7. Tudung Aduh solehah
  8. Tudung Wardina
  9. Tudung Hijrah
  10. Tudung Kembang berlagu
  11. Tudung Butterfly
  12. Tudung Saji
  13. Tudung Indonesia
  14. Tudung Bangkok
  15. Tudung Manjalara
  16. Tudung Mata lalat
  17. Tudung Bella

Ada 17 jenis. Tapi yang pasti banyak lagi kot yang belum disenaraikan. Harga adalah antara RM15 hingga RM80. Kalau tak silap saya.

Labels: , , ,