Kebun

Manir Urai. Kawasan perkampungan jajahan Kuala Krai. Pada asalnya, tujuan kami adalah untuk ke Kuala Lumpur melalui jalan darat. Perjalanan menaiki Isuzu Trooper mengambil masa hampir 2 jam dari Kota Bharu. Perjalanan kami melencong ke kebun durian milik sedara staff aku dan peluang ini aku gunakan untuk menikmati keenakan buah-buahan especially buah durian dan salak. Apa yang menarik, aku dapat merasai kenikmatan buah-buahan terus dari pokok yang dijaga oleh pekerja upahan dari Indonesia. PATI gamaknya. Sebab masa trooper putih kami masuk. Pekerja tersebut lintang pukang lari. Namun,ia dapat ditenangkan setelah kami mengenalkan diri. Perjalanan masuk melalui denai-denai kecil mengambil masa 37 minit dari jalan utama. Kebun tersebut terletak bersebelah hutan simpang Taman Negara Malaysia. Maka, tidak hairan jika tempat tersebut sering menjadi kawasan permainan "Pak Belang".

Burung yang dalam sangkar tu amat sukar ditemui. Spesis ini dikenali burung Murai Bukit dan ia juga merupakan spesis yang agak rare la. Bulu berwarna kuning keemasan dan menyerupai burung chenderawasih.



Yang dalam topi tu pul
ak anak burung Murai Cherang. Juga rare. Susah nak jumpa. Protected spesis rasanya. Nama spesis aku dapat nak pastikan.



Apa yang pasti, kami puas menikmati keenakan buah-buahan. Walaupun, penat mengharungi perjalanan ke Kuala Lumpur. Aku makan 3 ulas je sebab isi buah tu padat dan lemak. Huh sedap sekali. Bayaran : free of charge :)




















Gambar kiri ( Pokok Salak) dan Gambar bawah (Durian yang telah kami kerjakan)

Labels: , , ,