Loghat Kelate

Petang tadi kawan aku ajak gi beli kueh. Yup! kueh paling familia di Negeri Tok Guru iaitu kueh “akok”. Manis dan lemak rasanya. Yang bestnya “akok” tu dijual oleh “kakok” (kakak). Layanan mesra oleh mereka memang baik dan bukan sahaja kueh “akok” yang manis, malah orang-orangnya juga manis-manis tak kira lah “kakok Long” ke kak Ngah atau kak Su. Tapi paling manis kak Ngah.. hehehe

Loghat Kelantan memang unik terutama penggunaan perkatan seperti “nnejar” (manager), “saksoba” (shaft absorber), “bekwoh” (big work) dan macam-macam lagi. Penggunaan huruf seperti “an” kepada “e” adalah asas penggunaan loghat Kelantan.

Sebagai contoh perkataan “jalan” menjadi “jale”, “hutan” menjadi “hute”. Tapi awas! Sebutan tersebut tidak berhasil dengan perkataan seperti “pelan” dan “menpelam” kerana ia memberi maksud kurang sopan.. huhu

Labels: , , ,