Merdeka Celebrate KBR Tahun 2008

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!! Yess..1st time aku celebrate merdeka kat Kelantan. Tak sabar nak rasa sambutan kat sini macam mana. Huh bersemangat sungguh. Yela, malam ni kan nak gi sambut merdeka kat stadium Kota Bharu. Aku dan rumate bergegas ke stadium seawal jam 8 malam. Nak elakkan kesesakan konon nya. Dalam perjalanan ke stadium memang dah riuh rendah, dengan jam lagi di pintu masuk stadium. After park kereta, aku bersesak masuk ke dalam stadium. Ramai sangat orang. Yang peliknya, stadium tu gelap semacam je tapi orang yang duduk kat grandstand macam dah nak penuh umpama menunggu pembukaan sukan Olimpik Beijing. Aku dan rumate duduk seat paling atas dengan alasan ingin mendapatkan view yang paling cemerlang. Aku lampirkan gambar suasana pada malam diambang merdeka 30.8.2008 (jam 10.20 mlm).

Gelap kan? Apa tak gelapnya. bila ditanya mereka yang sama-sama masuk stadium, kebanyakkan mereka masuk stadium untuk menghayati detik 12 malam tu. Kami pelik sebab dah nak masuk pukul 11 malam tapi suasana dalam stadium kelam. Heran sebab takkan kat sini takde buat sambutan ambang 12 malam? hurm..maka aku menghubungi kawan aku. Menurutnya, sambutan kemerdekaan dah disambut pada malam 29.8.2008. Kenapa? sebab nak adakan sambutan sekali dengan keputeraan Sultan Kelantan. Two in one la yer? haih..patut la malam ni takde pape. Yang herannya, siapa yang tau..?? huh sistem penyampaian oleh kerajaan negeri kurang memberangsangkan..

Labels: , ,