Naik Angin

Aku didatangi oleh seorang kawan mengadu ditinggalkan teman lelaki. Aku yang memang sudah muak mendengar kisah cinta mereka menjawab dalam keadaan acuh tak acuh. Bukan apa, sebab benda dah selalu jadi. Then, sambung balik, pastu gaduh. Aku pun tak paham. Yang aku tau, jantan dia tu memang tak guna satu sen. Perlakuan itu menjadi titik permulaan kes “berasa hati” dengan cara aku.

Aku jawab camtu sebab dia cakap semua jantan takleh nak percaya. Semua jahat, suka mainkan perasaan perempuan dan sebagainya. Ya aku akui, tapi tuduhan itu tak patut dilemparkan pada semua lelaki. Maka, secara tak langsung aku pun turut terkena tempias pernyataan itu.

"Setakat semua jantan atas dunia ni, satu pun aku tak heran, semua pergi mampusS!!!"

Ayat tu lah yang buat aku jadi naik angin. Kalau kau rasa semua jantan sama. Kecuali bapak lu.. aku mmg tak setuju sebab bila kau frust je dengan boyfren. Kau tuduh jantan macam-macam. Abis, yang dia mengadu ni bukan ke jantan..?? Ops lupa..aku lelaki...

Labels: , , ,