Oh mama

"Mama penatla masak ..sekarang masak pun dah tak berapa sedap..
Kalaulah ada orang, boleh tolong-tolong masak kat rumah ni.."

Macam perli aku je mama nih. Kat dapur tu hanya aku dengan mama aku je. Masa tu dia sedang sibuk masak tengahari. Maklumla pagi tadi dia ada kerja dekat sekolah. Mama aku tu seorang guru.

Aiseh tu isu semalam yang tak sudah-sudah;
"Ala mama ni, nanti along kan dah nak tunang tahun ni. Tak lama lagi mama dapat la pembantu. Pastu, adik Zarith dan adik Fatihah lak." Jawab aku seloroh sambil menghabiskan kuih yang mama aku belikan.

"Ehh.. yang Angah pulak bila?" Tanya mama aku lagi. Tembak terus.


"Err.. alaa mama ni. Sabarlah, lum jumpa yang berkenanlah." Pastu mama aku membebel je.
"Dah ada kerja, umur dah nak masuk 27 thn. Kalau kahwin lambat rugi. Anak-anak tak abis sekolah lagi tapi kita dah pencen." Tambah mama aku.
"Sebab tu Angah ambik pencen 58 thn." Tau plak aku menjawab huhu.

Lama-lama dah macam lali. Dalam keadaan lali camtu, kekadang masuk dalam otak aku juga. "Tahun depan Along kahwin, pastu mama nak Angah lak tahun seterusnya." Tambah mama aku lagi


Aku dengan Along aku beza setahun je. Yang bestnya Along aku lahir 5/11 dan aku lak lahir 5/12. Beza 1 tahun 1 bulan ngam-ngam. Erm sebab tu la mama aku cakap gtu tadi.

Nantilah mama, akan ku cuba memenuhi permintaan mu itu.

Labels: , , ,