Perjalanan ke Kuala Lumpur

Seingat aku kenderaan milik pejabat melalui jalan berhampiran resort perkelahan berhampiran selekoh dan jalan tersebut adalah jalan utama ke Kuala Lumpur melalui Jalan Kuala Krai, Gua Musang.

Perjalanan menuju ke kuala Lumpur dipertemukan aku oleh satu makhluk aneh berambut merah. Berbadan kecik molek. Dalam samara-samar aku melihat ia umpama bayi kecil sedang tidur menirap di tengah-tengah konsol gear kenderaan pacuan 4 roda milik jabatan. Aku yang berada dibelakang kaku, nafas seakan sebak tak mampu bersuara. Pemandu depan bersama co-pilot senyap sunyi. Namun, si pemandu tetiba mencelah:


“Aiiiii barang luar ada masuk nih..” sambil memandu kenderaan. Co-pilot si Rahmat senyap sepi tanpa suara. Aku yang memerhati makhluk berambut merah ditengah-tengah antara konsol gear kenderaan tu kelu tanpa berkata apa-apa. Hanya hati sahaja dapat melafazkan ayat-ayat suci al-quran supaya makhluk itu cepat beredar dari kenderaan kami.

Setelah selesai melalui kawasan bukit di jajahan Gua Musang, sehinggalah pancaran kedai-kedai makan tepi jalan. Makhluk tersebut hilang dalam heningan samar-samar cahaya neon. Ya Allah ya Tuhanku lindungilah kami dari gangguan makhluk halus.

Si Rahmat yang tadi kaku tetiba bersuara. Beliau juga dapat melihat tetapi juga kaku tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya pemandu kami sahaja yang mampu. Beliau sudah biasa mendapat gangguan makhluk tersebut sebelum ini. Namun, pernah diceritakan kepada ku. Percaya tak percaya sama banyak. Sekarang aku percaya.

Labels: , , ,