Siapa sangka?

Siapa suruh ada anak ramai? Orang cakap tak sengaja, syok je buat kerja tetiba ada baby dalam perut. Time buat tu tak ingat dunia. Bila dah ada baby, merungut sakit pinggang sebab nak pikul perut. Tapi kan itu rezeki namanya, takleh nak merungut. Ada orang, dah lama kahwin tapi tak dapat-dapat baby. Kalau pregnant pun susah, tapi kalau takleh nak pregnant lagi susah. Ke hulu, ke hilir pergi berubat. Last-last suruh suami kahwin lagi satu. Bila suami kahwin lain, mulalah makan dalam. Tapi kena ingat, itu semua takdir Tuhan. Jadi, kenalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Yang menjadi hairan, kalau benda-benda haram ni senang je nak pregnant. Kalau dapat, baby tu dibuang-buang umpama tiada nilai apa-apa. Anak haram tu, senang saje bila nak lahir. Dibidankan sendiri oleh ibu kandungnya. Lahir pun dengan cara tak dijangka. Kalau nak gugurkan pun susah nak gugur. Makan pil itu, makan pil ini pun tak keluar-keluar baby tu. Kebal sangat dia.

Tapi kalau anak yang keluar hasil perkahwinan yang sah, masa mengandung tu adalah saat paling getir. Kawan saya sudah 3 kali keguguran. Anak sulung katakan. Kesian. Mungkin bukan rezeki dia lagi. Masa melahirkan, nyawa pula ibarat berada dihujung tanduk. Silap haribulan, ibu jadi pendek umur. Namun, Tuhan itu adil. Ibu yang meninggal dunia diberi anugerah mati syahid dan ia terlepas segala azab seksa di dunia. Siapa taknak mati syahid? Maka, janganlah mereka-mereka takut untuk menjadi ibu yang baik.

Banyak keistimewaan wanita. Tapi ada yang tidak tahu menilai. Ada yang disepak terajang. Namun, oleh kerana taat setia pada suami dan tidak mahu dicop sebagai penderhaka, isteri membiarkan perbuatan itu. Ia mungkin disebabkan oleh kesusahan hidup dan faktor persekitaran mereka. Amat mempengaruhi.

Kekadang dalam pemilihan pasangan, bukanlah semata-mata kerana cinta sepenuhnya.Cinta boleh dipupuk dan cinta boleh bertukar derita. Jadi, pilihlah yang berpadanan dengan kamu. bukanlah semata-mata cinta kerana ia lebih baik. Yang penting pegangan agama. Paling penting. Kadang-kadang seseorang itu, pandai menyembunyikan perangai sebenar until they get married. Baru dah kahwin baru tau. Tapi yang biasa terjadi, perempuan pula dah tau jantan tu terang-terang ado masaloh yang demo trimo kenapo?? Adokah kerano cinto itu buto? atau buto mato hati?

Labels: , , ,