Ubat Demam

Selepas 4 hari bergeluman dengan penyakit bermusim. Aku akhirnya sembuh. Penyakit itu adalah demam. Keadaan cuaca yang panas terik disiang hari dan sejuk di malam hari menjadi sebab penyakit bermusim ni menular.

Nak jadikan cerita, suatu hari aku ke Farmasi ingin membeli ubat. Maka aku telah dikenalkan oleh seorang promoter. Rasa macam budak tu baru kerja kat situ. Dengan tidak semena-mena aku telah membeli ubat demam. Jenis Atarax. Die cakap makan pagi dengan malam sahaja. Aturan pemakanan aku ikut. Maklumla nk cepat sembuh katakan. Tapi yang heran, bila makan je, badan jadi lesu yang amat. Jadi, aku mula musykil dengan ubat yang aku beli tu. Bila ditanya pada kawan aku seorang farmasist, rupa-rupanya ubat yang aku makan tu bukanlah ubat demam tetapi ubat gatal yang paling kuat dan menurutnya lagi ubat tu biasanya diberi kepada pesakit AIDS untuk mengurangkan kesan virus HIV. Bukanlah ubat demam yang aku ketahui. Malang sungguh.

Labels: , ,