Juadah Berbuka Puasa

Dah masuk hari ke-9 berpuasa. Bila balik dari opis, aku mesti ke Pasar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa. Maklumlah, orang bujang memang gini. Takde masalah sangat pasal bukak puasa. Nak makan semua beli. Bukan taknak masak, cuma kalau masak nanti takut tak sedap. Maka, ia pasti membazirkan masa dan tenaga. Sepanjang aku tinggal di Kota Bharu ni, Pasar Ramadhan yang biasa aku kunjungi ialah di Stadium Sultan Muhammad IV, Pasar Ramadhan depan Hospital USM, Kubang Kerian dan di simpang 3 Bachok, Kubang Kerian. Tapi yang menjadi tempat biasa aku pergi ialah di simpang 3 tu. Sebab dekat dan pilihan juadah yang pelbagai. Sehingga sekarang bila diimbas kembali menu yang biasa aku beli tidak akan lari dari juadah seperti dibawah :

Minuman :
Air Kelapa Muda RM2.00
Air Tebu RM2.00

Nasi :
Nasi Gulai Kak Wok RM 3.00
Nasi Kerabu RM3.50
Nasi Putih Ayam Masak Sambal RM 6.00

Kuih :
Akok RM1.00 (2 ketul)
Martabak RM1.50 (sekeping)

Sampai sekarang, aku blum rasa nak tukar menu lagi..

Labels: , , ,