Kaki Nombor

Kawan aku ni dia memang kaki Nombor. Kerja dah stabil tapi ade gak habit beli nombor. Nak nasihat pun tak guna sebab dia tu tua dari aku. Jadi aku layan je kepala dia. Dia pun tak sakit ati dengan aku. Aritu aku dapat sms. Dia ucap tahniah kat aku. Aku tanya nape? Dia cakap plat no kereta aku naik no 2 di MAGNUM. Pastu besoknya naik lagi kat TOTO. Mamat tu bukan ape. Tu je lah kerjanya dimasa lapang. Aku senyum je la bila dia cite. Kononnya bangga. Padahal, kalau betul aku main, sure dah mewah dah ni. Tapi tak guna duit tu kan, duit kotor. Sampai bila pun tak berkat

Penah jugak aku dengar cite orang menang loteri dapat 3 juta. Cikgu pulak tu, jadi dia upah cina pegi ambik duit tu dan dia bagi upah RM500 riban. Sampai skrg cina tu kaya raya. Dengar cite dah bukak kedai spare part. Mamat tu pulak, aku dah tak dengar cite.

Dibulan yang mulia ni, marilah kita sama-sama memohon keampunan diatas segala dosa yang telah kita lakukan dan tinggalkanlah perkara-perkara mungkar. Insaf lah..

Labels: , , ,