Kejam ke?


Adakah aku kejam?
Kejam kerana membatalkan cuti staff aku yang memohon cuti raya terlalu lama?? Sebagai penjawat awam kita harus bertanggungjawab. Jangan main tenyeh je. So, kalau nak cuti kena bergilir-gilir lah. Aku pun gilir-gilir jugak dengan bos aku. Kalau semua anak kapal hilang, tinggal Laksamana je, susah lah nanti kalau apa-apa hal berlaku. Sape nak hidupkan engine, sape nak labuhkan sauh. Takkan Laksamana dengan Kapten nak buat semua tu? Parah juga. Aku kiranya amat bertimbang rasa juga kerana membenarkan cuti selama 5 hari banyaknya! bos aku dulu masa kat JB kasi aku paling kuat 4 hari je. Tu pun aku tak kompromi. Sebab aku paham situasi ini. So, kalau nak mohon lebih, lepas semua orang naik opis baru korang bleh mohon cuti balik. Biasanya tu politik aku je HAHA~ bila naik nanti sure takleh cuti sebab kerja dah banyak. Aku bukan lah kejam. Jangan salah lah aku. Sebab, kalau semua cuti, siapa nak jaga pejabat? So, berlaku adil lah pada yang lain. Masing-masing ada planning nak sambut raya. Baik yang bujang mau pun yang berumah tangga. Tapi, aku bertoleransi pada staff yang tinggal jauh seperti di Melaka dan Johor. Yang tu blehla lajak sket.

Aku bukan tak nak bagi cuti lama-lama. Tapi kekadang reason die macam tak masuk akal. Lain kali cuba cari alasan munasabah sikit. Kang.. tak pasal-pasal kena tembak dengan aku. Dari mohon 4 hari aku bagi 3 hari je HEHE~ tapi aku tak pernah buat gtu. Melawak je nih. Bulan-bulan puasa ni tak de lah garang sangat. Senyum je. Tapi kalau tak boleh tu, tak boleh la jugak okey?

Labels: , , ,