Malam Raya

Hari ini genaplah ibadah puasa sebulan. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan Hari Raya bakal menjelang. Malam ni, bila dengar takbir, aku jadi sayu. Sedih kerana adakah aku mampu menyambut Ramadhan pada tahun hadapan. Insyallah jika dipanjangkan umur.


Suasana malam di kampung memberikan keceriaan dan mengembalikan segala kenangan lampau. Riuh rendah bunyi mercun. Walaupun, mercun diharamkan tetapi masih ramai yang mengamalkan amalan bermain mercun. Bak kata orang, tak meriah raya kalau takde bunga api dan mercun.


Esok sudah hari raya, segalanya sudah tersedia untuk menyambut raya. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua.

Labels: , ,