Terfikir Sendirian


Malam ini aku terasa sunyi. Lantas, dengan secawan milo panas yg dibuat oleh mama, aku ke beranda rumah menikmati suasana malam yang dingin. Aku yang aku fikirkan sebenarnya? Sejak perkenalan aku secara tak sengaja dengan seorang gadis. Untuk makluman, aku sebenarnya belum pernah menemuinya lagi cuma hanya kenal melalui SMS sahaja. Tapi, perkenalan ini adalah secara tak sengaja.

Apa yang aku fikirkan sekarang adalah si gadis pernah menceritakan bahawa dia mempunyai masalah dengan teman lelaki. Ntah kenapa, aku rasa apa yang diceritakan itu meninggalkan kesan mendalam dilubuk hati ini. Cinta yang diberi dengan sepenuh hati tidak dihargai dan ia menjadi racun yang amat perit untuk ditelan. Lagi dalam perasaan sayang dan cinta itu, lagi sedih dan perit jadinya. Orang kata, bila bercinta semuanya indah belaka. Semuanya madu, hati pun berbunga-bunga. Memang indah sebenarnya bila bercinta ni. Rasanya semua orang pernah bercinta kan? Aku pun sama. Yang penting jadikanlah pengalaman itu sebagai pendorong untuk menjadi lebih baik dan perbaikilah diri.

Kadangkala bila bertahun-tahun bercinta pun, belum tentu ia adalah jodohnya. Hanya usaha dan doa sahaja menjadi pengharapan. Yang pasti bila ditinggalkan kita harus redha dan menganggap ia adalah dugaan Allah dan mohonlah padaNya supaya dikuatkan semangat dan dipertemukan pada orang yang baik-baik. Percayalah pada Qada dan Qadar dan segala ketentuan hanyalah ditangan Allah s.w.t.

Apa yang pasti, si gadis harus tabah menerima dugaan ini. Si gadis perlu meneruskan kehidupan, bab kata orang, kalau lah orang tu dah tak sudi, kita perlu membawa diri dan berilah peluang kepada yang berhak untuk menyanyangi diri anda. Gagal dalam percintaan bukan gagal sepenuhnya, kerana kejayaan pasti akan dicapai jika dengan usaha. Percayalah Allah akan sentiasa menolong orang-orang yang baik. Janganlah berputus asa kerana Allah membenci orang yang berputus asa. jadikan pengalaman pahit itu sebagai pemangkin untuk menjadi lebih kuat.

Pandai je aku, padahal aku pun blum tau apa aku nak jadi nanti. Baru nak betul-betulkan steering. Susah sebenarnya bermain dengan perasaan nih. Sebab ia amat complicated dan memeningkan kepala. Bila dia cerita tu buat aku terkenang-kenang nih. Sebab tu aku jadi kusut.

Pada aku, kalau lelaki itu bercinta pada usia yang muda, kebarangkalian dia akan kahwin dengan Girlfriend dia amat tipis kerana sifat lelaki yang lambat matured dan lebih mementingkan kawan-kawan. Si gadis pasti akan rasa dipinggirkan. Ermm ntahlah. Bila difikir-fikirkan, macam betul juga pernyataan tu. Lu fikirkan lah sendiri Nabil! hehehe

Baik aku habiskan milo ni, sejuk pulak kat luar malam-malam ni. Masuk tidur sok pagi nak bangun sahur lak..

Labels: , , ,